Wednesday, June 17, 2015

Tolak gaji untuk BAYAR HUTANG atau guna duit bisnes?


Salah satu sebab kenapa aku beriya sangat nak join program keahlian Best Mobile ni, dan nak jadikan ia sebagai satu perniagaan ialah sebab "AKU ADA BANYAK HUTANG."


Cis 


Dulu, masa aku masih lagi sekolah, sedikit pun tak terlintas dalam kepala aku, yang bila dah besar macam sekarang ni, aku akan terlibat dan terjebak dengan bermacam jenis hutang piutang. 


Aku lebih rela buat bisnes, untuk cari rezeki yang halal daripada aku biarkan gaji aku kena potong untuk bayar hutang!


Agak-agak la kan, hutang ni wajib bayar ke atau kalau nak bayar boleh, tak nak bayar pun tak apa? 


Ok tak payah jawab. Aku tak minat nak dengar jawapan-jawapan yang merapu. Jawapannya ialah, HUTANG WAJIB DIBAYAR. Tak kiralah sama ada hutang tersebut dituntut oleh pemberi hutang ataupun hutang yang tak dituntut. Statusnya, sebagai orang yang berhutang, ko wajib bayar. 


... dan pastikan ko settlekan semua hutang-hutang ko sebelum ko jadi arwah. 


 

Kalau tak, panjang nanti cerita dia. Pening waris korang nanti. Waris korang ni pun nanti, boleh jadi akan ada hutang sendiri yang nak kena bayar. Tambah lagi hutang yang korang buat masa atas dunia ni. Kan buat naya kat orang tu.


.


..


Hidup ni satu pilihan kan. Aku percaya, orang yang baca blog ni pun, kebanyakkannya adalah orang-orang yang merdeka, yang mempunyai peluang dan ruang yang seluas-luasnya untuk membuat pilihan, apa-apa pilihan yang terbaik untuk dirinya. 


Mungkin korang tak alami masalah ni. 


Mungkin korang tak ada isu langsung berkaitan dengan hutang. Korang bebas dari segi kewangan. Money is not an issue. TAHNIAH aku ucapkan. Serius, aku memang cemburu dengan orang-orang seperti korang ni. 


Sayangnya, tak semua orang seperti ko. Boleh tak ko bantu orang lain, untuk hidup senang macam ko? Boleh tak ko bantu orang lain, untuk jadikan diri mereka bebas kewangan sama seperti diri ko?


Part kena potong gaji ni... Aku cuma boleh doakan, semoga duit yang masih berbaki tu, cukuplah untuk keperluan seisi keluarga. Cukup untuk buat bayar sewa rumah, bayar kereta, transport, makan, minum, pakaian dan lain-lain keperluan asas. 


Walaupun korang tak suka gaji kena potong, kena tetap akur. Mereka ada hak untuk claim balik, atau tuntut semula duit-duit mereka yang dulunya mereka pinjamkan untuk kegunaan korang.


Kat sekeliling kita ni, kalau nak diikutkan, sebenarnya ada terlalu banyak peluang-peluang untuk tambahkan pendapatan. 


Tak perlulah rasanya untuk aku senaraikan satu per satu. Ia tak relevan pun dengan tujuan blog ni aku hasilkan. 


Ok kalau korang serius nak repair balik kesihatan kewangan korang, joinlah Best Mobile. Bertukarlah kepada line Best Mobile. Buat bisnes ni betul-betul, dan selepas 2 - 3 tahun, korang lihatlah sendiri hasilnya. Aku pasti, jika korang konsisten, dan bersungguh-sungguh buat bisnes ni, pasti korang akan dapat income yang cukup untuk hapuskan semua hutang-hutang korang tu.


Dapatkan maklumat tentang Best Mobile disini

 


 

 

No comments:

Post a Comment