Sunday, June 21, 2015

Kenapa Geng Best Mobile suka tarik budak-budak TE?


Tak berapa lama sebelum aku tulis post ni, aku ada perasan benda ni disuarakan oleh salah seorang kawan FB yang sekarang ni memang tengah fokus untuk buat Tone Excel. 


Statement ala-ala tak puas hati ni pun akhirnya keluar dari dia sendiri. 


Betul ke budak-budak Best Mobile ni suka target dan tarik budak-budak TE untuk masuk dalam Program Keahlian Best Mobile ni? Ke diorang ni perasan je sebenarnya? 


Ok sebelum aku nak tulis panjang-panjang post kali ni, aku nak buat satu pengumuman siap-siap.




Pada waktu post ni aku tulis, sebenarnya aku ada dua nombor.


Nombor pertama ialah 017 254 3031. Ini nombor utama aku, khusus untuk urusan-urusan official dan personal. Nombor ni asalnya Maxis. Tapi aku dah port in kepada syarikat Telco Tune Talk menggunakan simkad Tone Excel. Jeng jeng jeng... 


 


Nombor kedua aku pulak ialah 01138 134 733


Nombor kedua aku ni nombor dari Best Mobile. Aku tak bercadang nak buat port in buat masa ni, dan besar kemungkinan aku akan pakai dua nombor. Satu simkad Tone Excel, dan satu lagi simkad Best Mobile. 


Sampai bila aku akan pakai dua nombor ni? Selagi Tone Excel masih lagi bayar komisyen topup aku setiap bulan, selagi tu aku akan terus pakai sim TE aku ni. Nanti-nanti, kalau dia dah tak bayar, atau semua rangkaian TE aku dah port out, expired dan sebagainya, ha... masa itu lah aku akan port in dan pakai je satu nombor.


So nombor TE aku tu, mungkin aku akan port in ke Best Mobile, ataupun mungkin aku akan port in ke OneXOX. Part Onexox ni baru dalam perancangan. Belum ada keputusan yang muktamad dan mutlak lagi. 


.

..

Ok aku nak berbalik kepada topik dan persoalan asal, iaitu "kenapa geng Best Mobile suka tarik budak-budak TE untuk join Best Mobile?" 


Yang sebenarnya...


Mana ada macam tu. 


Aku buat Best Mobile. Pada masa yang sama, aku jugak ada akaun dengan TE. Bila aku buat promosi, atau sharing, aku akan share kat semua orang. Tak kiralah sama ada orang tu pakai TE ke, CDMU ke, onexox ke atau pun yang dah jadi ahli Best Mobile. Aku tak kira semua tu, yang penting aku share sahaja. 


Konsep aku berbisnes ni mudah je sebenarnya. Tanggungjawab aku adalah untuk share kepada seberapa ramai yang boleh. Orang tu nak terima atau tak, itu terpulang. Orang tu nak marah, nak benci, nak suka, nak rasa tak puas hati... itu hak kau. Walaupun sebenarnya, memang jarang orang nak marah sebab kita nak share benda baik kat dia. 


Berkenaan dengan orang TE terpengaruh nak join BM ni... 


Ini aku tak nafikan. Aku sendiri adalah living proof, yang dah join TE tiba-tiba bila Best Mobile diperkenalkan di pasaran, aku pun ikut join BM jugak ha ha 


Aku masih ingat lagi, ada seorang brader ni pernah cerita kat aku 


"Kita ni pengguna je, sama-sama nak cari makan... tak kisah la nak join apa, nak beli apa. Duit masing-masing kan, sukahati kamu la nak join apa sekali pun..."


Dari permerhatian aku sendiri, dari segi marketing plan dan compensation plan, sebenarnya ia sangat simple dan amat mudah difahami. 


Jadi, bila kita share dekat pengguna-pengguna TE ni, mereka cepat FAHAM dan cepat tangkap.  Jadi, memang tak hairanlah kalau diorang yang dah join TE ni akan join BM jugak. 


Of course la bukan semua ahli TE akan join BM. Ada jugak yang paranoid yang sebarkan cerita-cerita karut yang kononnya BM tak akan mampu nak bayar komisyen dan bagi semua insentif yang ditawarkan. 


Tak apa, itu cerita lain. Lain kali la aku share pasal benda ni. 


Ok dah, siapa yang belum dapatkan lagi merchandise Best Mobile, boleh dapatkan dari aku.



Buat yang pernah beli merchandise dari aku, TERIMA KASIH aku ucapkan sebab korang sudi untuk sokong bisnes aku. 




Sabree Hussin 
017 254 3031 


  


  

No comments:

Post a Comment