Monday, June 22, 2015

Buat bisnes Best Mobile 100 peratus online dari rumah sahaja?



Persoalan yang bermain dalam fikiran aku ialah, 


"Mampukah anda untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan, JIKA bisnes simkad Best Mobile ini anda jalankan seratus peratus secara online dan dilakukan hanya dari rumah sahaja?"


Baiklah, jika anda pernah mengikuti program latihan bekerja dari rumah, anda mungkin mempunyai skil, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya, peluang anda mungkin lebih cerah. Perhaps, anda juga mempunyai potensi untuk lebih kehadapan berbanding orang lain yang tak pernah ada pengalaman langsung. 


Ramai jugak yang menyangka, proses pemasaran secara online ni semudah post update di Facebook semata-mata.





Bila post-post yang diterbitkan di wall sendiri kurang mendapat sambutan, terus disangkanya langkah seterusnya adalah untuk memperbanyakkan lagi post-post iklan. 


Nah... group-group iklan pulak yang dijadikan sasaran seterusnya. 


Seolah-olah dia menggunakan formula, "Lagi ramai orang tengok iklan aku, lagi ramai yang akan join aku..." 



 

Hakikatnya, orang begini terlepas satu perkara. Mereka lupa untuk menjawab satu persoalan yang paling penting, iaitu... 


"Atas sebab apa aku kena join kamu? Kamu ni siapa?" 


Oh kalaulah orang yang nak buat marketing secara online 100% ni faham pada konsep ini, ia tak kan jadi satu perkara yang sangat misteri kalau tak berjaya nak dapatkan walau seorang pun downline dalam bisnes ni.


Kerap kali berlaku, yang bermasalah bukanlah pada kaedah pemasaran secara online tu, sebaliknya yang bermasalah adalah pada orang yang buat marketing tu sendiri.


Kalaulah, bisnes ni semudah share share link semata-mata, aku pasti, dalam masa kurang dari seminggu, patutnya dah ada at least seorang jutawan dihasilkan oleh syarikat Best Mobile Berhad ni. 



Tetapi, ia tak berlaku seperti itu, kan?


.

..

Apa pun, jika anda nak buat bisnes Best Mobile ini seratus peratus secara online, ia sememangnya bukan sesuatu yang mustahil. In fact, aku sendiri ada memperolehi beberapa orang downline hasil daripada pemasaran secara online ni sahaja.


Cuma satu aku nak tegaskan, downline yang aku dapat daripada kerja-kerja pemasaran online ni, bukannya downline fresh yang aku baru dapat. Sebaliknya, mereka ni terdiri daripada mereka-mereka yang pada awal-awal dulu pernah jadi pelanggan aku untuk beberapa produk dan servis yang pernah aku tawarkan sebelum-sebelum ni. 


Mereka bukannya complete strangers seperti yang orang lain bayangkan.


Ok la, buat yang nak buat offline dan yang merasakan lebih selesa untuk buat secara offline, teruskan... Manfaatkan sepenuhnya keupayaan korang untuk buat sales secara offline tu. 


Buat yang nak fokus pada online marketing, jangan pulak sampai dilupakan kerja-kerja offline. Sesekali, cuba-cuba standby dengan merchandise Best Mobile macam fliers dan buku table talk untuk prospek offline korang.


Jangan pulak nanti, bila prospek ajak jumpa, korang gelabah sebab tak ada langsung tools kat tangan korang nanti. 


Ok untuk tools boleh dapatkan kat aku. 


Maklumat penuh boleh rujuk sini: Tempahan Tools dan merchandise Best Mobile 2.0 


    

No comments:

Post a Comment