Persoalan yang bermain dalam fikiran aku ialah,
"Mampukah anda untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan, JIKA bisnes simkad Best Mobile ini anda jalankan seratus peratus secara online dan dilakukan hanya dari rumah sahaja?"
Baiklah, jika anda pernah mengikuti program latihan bekerja dari rumah, anda mungkin mempunyai skil, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya, peluang anda mungkin lebih cerah. Perhaps, anda juga mempunyai potensi untuk lebih kehadapan berbanding orang lain yang tak pernah ada pengalaman langsung.
Ramai jugak yang menyangka, proses pemasaran secara online ni semudah post update di Facebook semata-mata.
Bila post-post yang diterbitkan di wall sendiri kurang mendapat sambutan, terus disangkanya langkah seterusnya adalah untuk memperbanyakkan lagi post-post iklan.
Nah... group-group iklan pulak yang dijadikan sasaran seterusnya.
Seolah-olah dia menggunakan formula, "Lagi ramai orang tengok iklan aku, lagi ramai yang akan join aku..."