Monday, June 22, 2015

Buat bisnes Best Mobile 100 peratus online dari rumah sahaja?



Persoalan yang bermain dalam fikiran aku ialah, 


"Mampukah anda untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan, JIKA bisnes simkad Best Mobile ini anda jalankan seratus peratus secara online dan dilakukan hanya dari rumah sahaja?"


Baiklah, jika anda pernah mengikuti program latihan bekerja dari rumah, anda mungkin mempunyai skil, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya, peluang anda mungkin lebih cerah. Perhaps, anda juga mempunyai potensi untuk lebih kehadapan berbanding orang lain yang tak pernah ada pengalaman langsung. 


Ramai jugak yang menyangka, proses pemasaran secara online ni semudah post update di Facebook semata-mata.





Bila post-post yang diterbitkan di wall sendiri kurang mendapat sambutan, terus disangkanya langkah seterusnya adalah untuk memperbanyakkan lagi post-post iklan. 


Nah... group-group iklan pulak yang dijadikan sasaran seterusnya. 


Seolah-olah dia menggunakan formula, "Lagi ramai orang tengok iklan aku, lagi ramai yang akan join aku..." 



Sunday, June 21, 2015

Kenapa Geng Best Mobile suka tarik budak-budak TE?


Tak berapa lama sebelum aku tulis post ni, aku ada perasan benda ni disuarakan oleh salah seorang kawan FB yang sekarang ni memang tengah fokus untuk buat Tone Excel. 


Statement ala-ala tak puas hati ni pun akhirnya keluar dari dia sendiri. 


Betul ke budak-budak Best Mobile ni suka target dan tarik budak-budak TE untuk masuk dalam Program Keahlian Best Mobile ni? Ke diorang ni perasan je sebenarnya? 


Ok sebelum aku nak tulis panjang-panjang post kali ni, aku nak buat satu pengumuman siap-siap.




Pada waktu post ni aku tulis, sebenarnya aku ada dua nombor.


Nombor pertama ialah 017 254 3031. Ini nombor utama aku, khusus untuk urusan-urusan official dan personal. Nombor ni asalnya Maxis. Tapi aku dah port in kepada syarikat Telco Tune Talk menggunakan simkad Tone Excel. Jeng jeng jeng... 


Wednesday, June 17, 2015

Tolak gaji untuk BAYAR HUTANG atau guna duit bisnes?


Salah satu sebab kenapa aku beriya sangat nak join program keahlian Best Mobile ni, dan nak jadikan ia sebagai satu perniagaan ialah sebab "AKU ADA BANYAK HUTANG."


Cis 


Dulu, masa aku masih lagi sekolah, sedikit pun tak terlintas dalam kepala aku, yang bila dah besar macam sekarang ni, aku akan terlibat dan terjebak dengan bermacam jenis hutang piutang. 


Aku lebih rela buat bisnes, untuk cari rezeki yang halal daripada aku biarkan gaji aku kena potong untuk bayar hutang!


Agak-agak la kan, hutang ni wajib bayar ke atau kalau nak bayar boleh, tak nak bayar pun tak apa? 


Ok tak payah jawab. Aku tak minat nak dengar jawapan-jawapan yang merapu. Jawapannya ialah, HUTANG WAJIB DIBAYAR. Tak kiralah sama ada hutang tersebut dituntut oleh pemberi hutang ataupun hutang yang tak dituntut. Statusnya, sebagai orang yang berhutang, ko wajib bayar. 


... dan pastikan ko settlekan semua hutang-hutang ko sebelum ko jadi arwah. 


Kat mana nak dapatkan merchandise Best Mobile?



JIKA... anda memerlukan merchandise ataupun tools bagi membantu mempromosikan perniagaan Best Mobile anda, dan anda masih belum tahu lagi kat mana nak dapatkan sumber tersebut dengan harga yang sangat menjimatkan (murah), saya ada jawapannya.


Pada waktu catatan ni saya buat, 18 June 2015 saya mempunyai stok bagi produk-produk seperti dalam gambar dibawah. 


Anda boleh dapatkan stok bagi produk-produk berikut, iaitu 

1. Buku Manual Ahli Best Mobile 2.0 (RM10) 

2. Buku Manual Produk Best Mobile 2.0 (RM12) 

3. Table Talk 2.0 (RM10)

4. Fliers 1 Bundle (RM65) 

5. Fliers 100 keping (RM6.50)

.

..

Monday, June 15, 2015

Best Mobile ni OK ke bro?


Kadang-kadang aku akan dapat mesej whatsapp yang berbunyi macam ni... 


Best Mobile ni ok ke? 


Tak percaya? mari tengok gambar ni. Ini mesej yang betul-betul aku pernah dapat. Aku printscreen je untuk tatapan korang. 


"Boleh aku nak tau, kalau korang yang dapat mesej macam ni, korang akan balas apa ya?"


Bagi aku, ini adalah salah satu contoh soalan tak ada kualiti yang akan ditanyakan oleh someone yang tak akan jadi pelanggan kita. Tak tau kenapa dia tak soalan macam ni. 


Ok ke tak? 


Eh bro, ko punya ok dengan aku punya ok, sama ke? Ko tengah tanya dari skop apa ni sebenarnya? 



Dari sudut harga simkad Best Mobile ni ke? RM49 je satu sim, bagi aku ini dah ok sangat. Bagi aku harga ni dah sangat ok, bagi ko macam mana? Harga ni ok ke tak?


Sebab bukan apa, aku pernah jugak jumpa setengah orang yang rasakan RM49 untuk dapatkan simkad Best Mobile ni satu benda yang tak masuk akal. Nilai RM49 tu di rasakan terlalu mahal. Apa taknya, dia pergi buat perbandingan dengan simkad-simkad macam Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya yang ada kat luar sana.




Jelas bagi aku, orang yang buat perbandingan macam ni, dia masih belum betul-betul faham, apa fungsi sebenar simkad Best Mobile ni direka. 


Ok yang seterusnya. 


Adakah dia tengah tanya, sepanjang aku bersama dengan Best Mobile, adakah aku dapat income yang banyak dan konsisten?



Saturday, June 13, 2015

Macam mana aku boleh terjebak dengan bisnes Best Mobile ni?


Serius. 


Aku memang tak pernah merancang nak jadi sebahagian daripada pengguna simkad Best Mobile, jadi Brand Partner, sekaligus menjalankan perniagaan simkad Best Mobile ni sebagai salah satu perniagaan yang patut aku jadikan prioriti.


Kali pertama aku dengar tentang Best Mobile ni adalah sekitar bulan Februari 2015.




Masa tu, apa pun belum ada lagi. Yang ada cumalah ura-ura, dengar-dengar, khabar angin, kononnya akan muncul satu lagi produk baru, ala-ala Tone Excel bakal menemui pasaran. Masa tu aku memang pengguna simkad Tone Excel. Jadi, bila aku dapat je berita, akan ada simkad yang menawarkan peluang buat duit dan menawarkan plan marketing yang ala-ala Tone Excel jugak, aku rasa ini adalah satu peluang yang lain daripada yang lain.


Macam-macam yang aku fikirkan masa tu.