Saturday, June 13, 2015

Macam mana aku boleh terjebak dengan bisnes Best Mobile ni?


Serius. 


Aku memang tak pernah merancang nak jadi sebahagian daripada pengguna simkad Best Mobile, jadi Brand Partner, sekaligus menjalankan perniagaan simkad Best Mobile ni sebagai salah satu perniagaan yang patut aku jadikan prioriti.


Kali pertama aku dengar tentang Best Mobile ni adalah sekitar bulan Februari 2015.




Masa tu, apa pun belum ada lagi. Yang ada cumalah ura-ura, dengar-dengar, khabar angin, kononnya akan muncul satu lagi produk baru, ala-ala Tone Excel bakal menemui pasaran. Masa tu aku memang pengguna simkad Tone Excel. Jadi, bila aku dapat je berita, akan ada simkad yang menawarkan peluang buat duit dan menawarkan plan marketing yang ala-ala Tone Excel jugak, aku rasa ini adalah satu peluang yang lain daripada yang lain.


Macam-macam yang aku fikirkan masa tu.


 


Adakah ini satu peluang? Adakah ini satu ancaman buat bisnes yang aku dah sedia ada run dengan susah payahnya? Adakah ini cuma satu ujian je? Macam mana kalau semua ni tipu je? How? Adakah aku cukup kuat untuk ambik risiko dan join this so called new business and new opportunities?


Cari nasihat mereka yang boleh dipercayai 


Ini yang aku buat. 


Walaupun, pada waktu tu memang aku rasa keputusan terbaik ialah sertai Best Mobile ni, namun pada masa yang sama, aku juga dapatkan nasihat dari someone yang aku boleh percaya dan yakin. Someone yang boleh bagi aku nasihat tanpa perlu melalui lembaga penapisan nasihat. Aku nak dia bagi nasihat yang jujur kat aku. Nasihat yang tak ada selindung-selindung. 



Aku masih ingat lagi, pesan dia kat aku... 


"Buat bisnes yang baru ni memang peluang pendapatan dia lumayan. Persaingan masih belum kuat lagi. Awak akan jadi yang pertama dan terawal, dan bila awak jadi yang terawal, secara sendirinya orang akan datang cari awak, dan bukannya awak yang kena cari orang... Tapi, produk baru ni, ia masih belum teruji. Kita masih tak tau seberapa bagus prestasinya, dan berapa ramai yang akan ambik risiko untuk jadi pengguna. Berbeza dengan produk yang dah memang sedia ada di pasaran, orang dah tak perlu pertikaikan lagi keberkesanannya. Lagipun, testimoni dah ada. Ibarat macam kita masuk hutan, kalau laluan tu masih baru, banyaklah halangan yang perlu kita lalui dan perlu di tebas." 


Aku dah boleh jangka, bila aku join je bisnes nanti, akan ada banyak halangan menunggu kat depan aku. 


Ah sebenarnya bukan bisnes ni je yang ada banyak halangan. Lain-lain bisnes pun sama jugak sebenarnya.


Bagi aku, bisnes yang susah, yang banyak halangan ni lebih manis bila kita berjaya menggapai kejayaan berbanding bisnes yang senang nak buat duit. Kalau kita berjaya sekalipun, silap-silap kita tak akan ada rasa apa sangat. 


Pada waktu aku dengar berita tentang Best Mobile ni bakal muncul, aku percaya ada ramai lagi kawan-kawan lain yang dapat berita yang sama. 


Persoalannya ialah, "apa tindakan ko apabila ko dapat berita ni?" 


Adakah cuma tengok je? Tunggu dan lihat? Atau take action


Entah. Aku malas nak ambik tau hal orang lain. Hati aku berat mengatakan, untuk aku belajar sesuatu yang baru, dan yang lain daripada yang lain, aku mesti berani ambil risiko untuk sertai company ni. 


Sebabnya? 


Aku tak rugi apa-apa pun.


Pada waktu tu, salah satu perkara yang aku buat ialah, aku buat perbandingan antara "komisyen topup yang aku dapat sekarang dengan company T berbanding dengan komisyen topup yang aku berpeluang untuk dapat apabila bersama company Best Mobile nanti" 


Anggarannya... 


Dengan aset yang aku ada, dan senjata-senjata pemasaran yang aku memang duk simpan selama ni, aku dapati, aku ada terlalu banyak untuk aku dapatkan berbanding apa yang aku bakal rugi, kononnya. 


Hari ni? 


Alhamdulillah, aku menikmati komisyen dari 2 syarikat. Komisyen dari company T dan komisyen dari company Best Mobile. 



Ah aku buat bisnes, mestilah aku nak untung.  


Dan aku nampak, company Best Mobile ini berpotensi untuk berikan aku keuntungan, patut ke aku menolak? Rugi la ada pengalaman bisnes, belajar dulu pun dalam jurusan perniagaan, alih-alih bila ada peluang nak buat lebih banyak duit dalam bidang perniagaan, pergi tolak pulak. Apa benda la.. 


Sepanjang sebulan lebih aku bersama Best Mobile ni, (lebih kurang sama dengan usia Best Mobile tu sendiri) boleh kata banyak jugak yang aku dah lalui dan pelajari. 


Aku mula dari bawah. In fact, mungkin sangat bawah kalau nak bandingkan dengan upline upline atau leader leader lain yang hebat-hebat belaka kat luar sana tu. 


Tak apa. Yang penting, apa yang aku nak, apa yang aku hajati dalam bisnes ni, TERCAPAI. Dan sebahagiannya, yang aku rasakan ianya tak kurang pentingnya, aku akan kongsikan dan tuliskan dalam blog ni. 


Mana la tau, anak cucu aku akan dapat baca tulisan aku tentang Best Mobile ni di masa akan datang.


Apa pun, yang baik, jadikan tauladan. Yang BURUK jadikan ia pengajaran. FAHAM?


Aku dapat join Best Mobile masa harganya masih lagi murah. RM49 sahaja. Ini salah satu kelebihan kerana aku join awal. Kalau waktu korang join, harganya dah tak sama, dan bukan lagi RM49 (lebih mahal dari itu) anggaplah itu balasan kerana korang suka tangguh-tangguhkan masa.  


    
  

No comments:

Post a Comment